Ahad, Oktober 30, 2011

Sirah ‘anl Yaum Qurban ^^,

Melakukan korban dengan menyembelih binatang dan lain-lain kepada Allah SWT telah lama diamalkan. Sebagaimana maksud firman Allah SWT yang menceritakan tentang Habil dan Qabil iaitu putera Nabi Adam A.S dalam surah al-Maidah , "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) daripada yang lain (Qabil)..."

Persembahan korban juga berlaku di kalangan orang Yahudi, sebagaimana diceritakan dalam al-Quran [ Ali-Imran:183] yang bermaksud, "Orang (Yahudi) mengatakan "Sesungguhnya Allah SWT telah perintahkan kami, supaya jangan beriman kepada seorang Rasul sehingga dia membawa kepada kami korban yang dimakan api".

Perbuatan menyembahkan korban kekal menjadi amalan orang Yahudi untuk mereka jadikan sebagai bukti kebenaran mana-mana nabi yang diutus kepada mereka, sehinggalah ia dimansuhkan oleh nabi Isa A.S.

Al-Quran menceritakan kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S kepada anaknya Nabi Ismail A.S dalam memenuhi perintah Allah SWT supaya menyembelih putera kesayangannya itu untuk dijadikan korban. Daripada surah as-Saffat ayat 102 yang bermaksud, "...Nabi Ibrahim berkata, Wahai anakku, Sesungguhnya aku bermimpi aku menyembelihmu, maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?" Anaknya(Ismail) menjawab, "Wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah ayah akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."

Ayat di atas juga menjelaskan bahawa Nabi Ismail adalah seorang yang taat kepada perintah Allah SWT. Ketika berlakunya penyembelihan, Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya bahawa yang disembelih adalah seekor kibas bukannya leher Nabi Ismail A.S.

Sementara itu sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud, "Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata:Para sahabat Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Jawab Rasulullah SAW, "Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim. Mereka berkata:"Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW menjawab:"Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya." Mereka berkata, "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW menjawab, "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadah korban ini setiap tahun pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasyrik.

Firman Allah SWT dalam surah al-Kauthsar ayat 1-3 yang bermaksud, "...kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).."

Begitu juga dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Anas RA yang bermaksud, "Nabi SAW berkorban dengan dua ekor kibas (biri-biri putih) yang bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri sambil membaca Basmalah dan bertakbir dan Baginda meletakkan (menginjakkan) kakinya di pangkal leher biri-biri itu."(H.S Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sejarah asal usul Qurban

1.Korban Zaman Nabi Adam A.S (Al-Maidah : 27- 31)
2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S
3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S
4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S
5. Korban Zaman Nabi Musa A.S
6. Korban Bangsa Yunani dan Rom
7. Korban Abdul Mutalib datuk Rasulullah S.A.W


Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;
“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)

Khamis, Oktober 13, 2011

waktu Dhuha

doa selepas solat dhuha:



Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu


Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah


Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh


link nyanyian doa Dhuha oleh UNIC:

http://www.4shared.com/get/USA9RqBb/UNIC_-_Doa_Dhuha.html



*nie nie saya suka sangat lagu ni..yg diambil dari terjemahan surah as Shams yg juga dibaca di rakaat pertama solat dhuha (rakaat kedua kita baca surah ad Dhuha la pulak kn)^^

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah



pas2 kalo nk dengar drpd utube boleh la guna link ni:
http://www.youtube.com/watch?v=CwIcSpNqEPg
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



riwayat Ali r.a. dalam Al Ihya,.

3 hal yg dapat menguatkan ingatan:
1) bersiwak(bersugi)
2) puasa
3) membaca alQuran

Solat berjemaah

dari Muadz bin anas r.a.,bhw Rasulullah bersabda, “kebatilan( iaitu kekufuran dan kemunafikan ) terbesar adalah org yg mendengar seruan muadzin utk bersolat, ttpi ia tidak memenuhinya.” [Ahmad,Thabrani -atTarghib]

Sungguh keras ancaman dan celaan dalam hadis ini, sehingga perbuatan meninggalkan solat berjemaah sebegitu digolongkan sbg kufur dan munafik. Seolah- olah hal itu tidak mungkin terjadi pada diri seorang muslim. Dinyatakan dalam hadis yg lain, “Cukuplah seseorang itu ditimpa keburukan dan kerugian jika ia mendengar azan, tetapi ia tidak memenuhinya.”

Sementara itu dalam hadis yg lain pula, dari Qobats bin Assyam Al-Laitsi r.a. Rasulullah s.a.w bersabda, “Solat 2 org dgn seseorg mengimani yg lain lebih baik di sisi Allah drpd 4 org solat sendiri2. Solat 4 org (berjemaah) lebih baik di sisi Allah drpd 8 org solat sendiri2. Dan solat yang 8 org diimami salah seorg dri mereka lebih baik di sisi Allah drpd 100 orang solat sendiri2.” [Bazzar, Thabrani – AtTarghib]

Dalam hadis yg lain dikatakan, “Jemaah yg lebih besar lebih disukai Allah drpd jemaah kecil”. Namun sbhgn org merasa cukup dgn jemaah kecil kecilan mereka. Sedangkan Allah lebih suka yg lebih banyak jemaahnya.. Jika Allah s.w.t menyukai sesuatu pekerjaan, hendaknya kita melakukannya dgn cara yg paling disenangiNya.

Tiga hal yg Allah suka melihatnya;
1)Shaf solat berjemaah
2)org yg solat di tengah malam
3)org yg maju ke medan perang. [Jami’ush-Shaghir]

rujukan: Himpunan Fadhilah Amal ditulis oleh Maulan Muhammad Zakariyya Al Kandahlawi

Dzikrullah

waladzikrullahiakbar.. [al ankabuut:45] ''dan ssungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar''

dzikrullah dapat dilakukan setiap saat dan keadaan.dan Nabi Muhammad pernah bersabda ''setiap sst ada pembersihnya (misalnya pakaian dapat dbersihkan dgn sabun, besi dbersihkan dgn api, dsbgnya), dan hati dapat dibesihkan dgn dzikrullah. Tidak ada yg lebih utama dlam menyelamatkan manusia drpd adzab berbanding dzikrullah. Dzikir terbahagi kpd dua; 1) zikir dgn lidah 2) zikir qalbi.zikir qalbi lebih utama drpd zikir lidah, iaitu muraqabah dan tafakkur hati.. sebuah hadith berbunyi, ''berfikir sesaat lebih baik drpd 70 tahun ibadah.''

dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w bsabda''zikir adalah ciri2 keimanan dan akan mbebaskan diri drpd sifat nifak, melindungi drp syaitan dan melindungi drp api neraka''
Dsebutkan dalam hadith lain bhw syaitan selalu menyelubungi hati ssorg, kecuali ia berzikir kpd Allah, maka syaitan akan meninggalkannya dgn rasa hina dan rendah. Dan jika ssorg lalai, maka syaitan akan mmasukkan rasa was2 ke dlam dirinya.

Alkisah.. seorg ahlullah berdoa agar Allah swt. membukakan pintu kasyaf baginya, yakni bgimana syaitan menggoda dan memasukkan rasa was2 ke dalam hati manusia. Maka Allah mengabulkan doanya. Ia dapat melihat ke arah sebelah kiri hatinya ketika syaitan memasukkan belalainya. Syaitan itu berbentuk spt nyamuk yg sedang duduk dgn belalai panjang di mulutnya, bentuknya spt jarum. Jika ia berdzikir kpd Allah, belalai itu akan segera ditarik ke belakang. Dan jika ia lalai, melalui belalai tsebut, syaitan akan segera memasukkan rasa was2 dan racun dosa ke dalam hatinya..

duhai manusia, ingatlah jika hati kita lalai drp dzikrullah, maka hati kita akan djadikan sasaran godaan dan serangan syaitan2 sekalian itu. Justeru itu, mari kita amalkan zikir pd Allah. hayya2

subhanallah~~~

rujukan:himpunan fadhilah amal MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA..

Sabtu, Oktober 08, 2011

"Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras
setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin Aku bahan bacaan yang tidak
menambah
pengetahuanmu
Atau, menurutmu Aku hanya untuk anak kecil yang
belajar mengaji...
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang-kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau
dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan
syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam
kesendirian,
kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan
Dulu... pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku
engkau baca
beberapa
halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama
temanmu di
surau...

Sekarang... seawal pagi sambil minum kopi... engkau
baca surat
khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari
Allah
Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca
pembuka
surah-surahku (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik
duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat
di dalam
keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen
radio
kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum
kau mulai
kerja
Di komputermu pun kau putar muzik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar
hampir
melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam
di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..
Aku semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku
kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat
tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong
kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku
menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya...
kubur yang setia menunggumu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti...
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali. bacalah aku kembali setiap
hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...
Letakkan Aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku...
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau
secebis ayat
Seperti dulu... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampung halamanmu yang damai
Jangan Aku engkau biarkan sendiri...
Dalam bisu dan sepi...




Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
Semoga bermanfaat.

who r us? v r going to b mukminin insyaAllah~

SIFAT ORANG MUKMIN:

1)Orang Mukmin itu:
Jika melihat, dia mengambil pelajaran;
Jika berbicara,dia berzikir ;
jika kaya, dia bersyukur;
dan Jika ditimpa musibah dia bersabar.

2)Orang Mukmin itu:
Kegembiraan orang Mukmin terlihat diwajahnya, sedangkan kesedihannya tersimpan di hatinya.
Dadanya paling lapang (sabar) dan merasa dirinya paling hina.
Dia tidak menyukai kedudukan dan membenci reputasi.
Panjang kesedihannya. Jauh pikirannya.
Banyak diamnya.Sibuk waktunya.
Banyak bersyukur dan bersahabat. Tenggelam dalam pikirannya. Berpegang teguh pada kesetiakawanan.
Mudah perangainya. Penurut.
Jiwanya lebih keras daripada batu api, sementara dia lebih (merasa) hina daripada seorang budak.

3) Orang Mukmin itu:
Hanya mempunyai 3 (tiga) waktu, yaitu :
Waktu dia bermunajat kepada Tuhannya,
Waktu mencari penghidupannya (bekerja),
dan Waktu dia menikmati kesenangan dirinya (dalam hal-hal yang dihalalkan dan baik).


(Kata-Kata Mutiara Amirul Mukminin Imam Ali ibn Abi Thalib as)

Selasa, Januari 25, 2011

my 1st time blogging

assalamualaikum..
 hmm nak tulis ape ni?? jz nak perkenalkan diri sbg seorg hmba Allah. dan status saya sekarang adalah hanyalah salah seorang mahasiswa di perantauan. so that's all about me that i can tell for now. saya tak tau nak wat ape dengan blog ni, so sudi2lah ajar saya camne nak manfaatkan alat ni. ok, jom berkenalan nak..? jom2 ^.^