Khamis, Oktober 13, 2011

Solat berjemaah

dari Muadz bin anas r.a.,bhw Rasulullah bersabda, “kebatilan( iaitu kekufuran dan kemunafikan ) terbesar adalah org yg mendengar seruan muadzin utk bersolat, ttpi ia tidak memenuhinya.” [Ahmad,Thabrani -atTarghib]

Sungguh keras ancaman dan celaan dalam hadis ini, sehingga perbuatan meninggalkan solat berjemaah sebegitu digolongkan sbg kufur dan munafik. Seolah- olah hal itu tidak mungkin terjadi pada diri seorang muslim. Dinyatakan dalam hadis yg lain, “Cukuplah seseorang itu ditimpa keburukan dan kerugian jika ia mendengar azan, tetapi ia tidak memenuhinya.”

Sementara itu dalam hadis yg lain pula, dari Qobats bin Assyam Al-Laitsi r.a. Rasulullah s.a.w bersabda, “Solat 2 org dgn seseorg mengimani yg lain lebih baik di sisi Allah drpd 4 org solat sendiri2. Solat 4 org (berjemaah) lebih baik di sisi Allah drpd 8 org solat sendiri2. Dan solat yang 8 org diimami salah seorg dri mereka lebih baik di sisi Allah drpd 100 orang solat sendiri2.” [Bazzar, Thabrani – AtTarghib]

Dalam hadis yg lain dikatakan, “Jemaah yg lebih besar lebih disukai Allah drpd jemaah kecil”. Namun sbhgn org merasa cukup dgn jemaah kecil kecilan mereka. Sedangkan Allah lebih suka yg lebih banyak jemaahnya.. Jika Allah s.w.t menyukai sesuatu pekerjaan, hendaknya kita melakukannya dgn cara yg paling disenangiNya.

Tiga hal yg Allah suka melihatnya;
1)Shaf solat berjemaah
2)org yg solat di tengah malam
3)org yg maju ke medan perang. [Jami’ush-Shaghir]

rujukan: Himpunan Fadhilah Amal ditulis oleh Maulan Muhammad Zakariyya Al Kandahlawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan